Monday, September 9, 2019

Takaful/Insuran Perjalanan - Travel Insuran

Untuk memohon, isikan maklumat di dalam Google form di bawah dan "submit". Tunggu respon daripada saya untuk langkah seterusnya ;

https://forms.gle/7wgHWsvY4Ag47PxR7

...............................................
Apabila hendak melakukan perjalanan, pasti kita akan menyediakan suatu bajet untuk tambang, makan serta membeli belah. Satu lagi perkara yang seharusnya kita pertimbangkan ialah Takaful atau Insuran perjalanan. Pentingkah membeli insuran perjalanan ? Sememangnya penting. Adakah ianya mahal ? Semestinya tidak, sebagai contoh harga insuran perjalanan ke Indonesia selama 5 hari hanya sekitar RM40 (Harga sebenar bergantung kepada syarikat penyedia perkhidmatan, jenis pelan, jumlah perlindungan yang disediakan dll).

Berikut saya kongsikan secara asas apa yang kebiasaannya dilindungi oleh polisi Takaful atau Insurans Perjalanan.

1. Kematian dan Kecacatan Kekal

Pampasan akan dibayar mengikut polisi dan berbeza di antara syarikat Takaful dan Insurans yang berbeza. Kebiasaannya ia akan dilindungi dalam jangka waktu 365 hari dari tempoh berlakunya kemalangan.

2. Kehilangan Beg

Perlindungan merangkumi kehilangan beg, barang peribadi, pakaian, dan juga wang tunai.

3. Kehilangan Wang dan Pasport

Pihak Takaful dan Insurans akan menanggung perbelanjaan hotel, perjalanan, dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan sementara anda mendapatkan pasport baru. Walaubagaimanapun, aduan perlu dibuat kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam dari masa kehilangan pasport tersebut.

4. Pembatalan Perjalanan

Pembatalan perjalanan yang disebabkan oleh individu dimasukkan ke hospital kerana sakit atau kemalangan.

5. Tertinggal Penerbangan

Anda tertinggal penerbangan akibat daripada gangguan pengangkutan awam semasa hendak ke lapangan terbang.

6. Perbelanjaan Perubatan

Ini merangkumi rawatan kecemasan, penghantaran pulang mayat, elaun hospital, dan juga rawatan susulan.
 


Berikut pula ialah syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan yang saya wakili. Untuk memohon pula, sila isikan google form ini  https://forms.gle/7wgHWsvY4Ag47PxR7 dan tunggu reapon daripada saya untuk langkah seterusnya.
AIG, ALLIANZ, BERJAYA SOMPO, CHUBB, ETIQA, KURNIA, LONPAC, MSIG, TOKIO MARINE

Boleh juga menghubungi saya untuk maklumat lanjut :

*Rosedi
*019-4657645

atau

klik www.wasap.my/60194657645


No comments:

Post a Comment

Barang Menarik dari LAZADA

 1. Product Name:  AKIRO Malaysia -  Portable/Survival Mini Pocket Fishing Pen Aluminum Alloy Fishing Rod          Pole Fishing Reel Pancing...