Tuesday, November 26, 2019

Tukar Hak Milik Kenderaan

Tatacara menukar hakmilik kenderaan, senang jerr.....

1 : Selesaikan persetujuan jual beli dan penyerahan kenderaan

Selesaikan persetujuan antara penjual dan pembeli sama ada dari segi pembayaran ataupun sebagai hadiah atau sedekah. Inilah yang disebut penukaran hak milik secara sukarela di JPJ.

2 : Pemeriksaan kenderaan di Puspakom

Owner baru/owner lama perlu ke Puspakom untuk buat pemeriksaan. Hubungi Puspakom terdekat untuk booking appointment. Di puspakom, anda hanya perlu mengisi borang B5 dan tunggu sehingga proses inspection selesai. Puspakom akan mengeluarkan keputusan inspection untuk tindakan selanjutnya. Kos inspection hanya RM30 tidak termasuk GST.

Dokumen yang perlu bawa, IC dan geran asal. Boleh link di bawah untuk info lanjut ;

https://www.puspakom.com.my/transfer-of-ownership/?lang=ms

3 : Urusan di JPJ oleh pemilik asal

Pemilik asal perlu ke JPJ dan mengisi borang tukar hakmilik kepada pemilik baru. Pihak JPJ akan mengambil thumbprint dan urusan selesai. Jangan lupa bawa IC...JPJ akan mengeluarkan slip menunjukkan anda telah selesai urusan thumprint penukaran hak milik. Slip ini tak perlu dibawa bersama oleh pemilik baru nanti, hanya cukup ambil gambar sahaja. Tapi kalau ada yang original lagi bagus.

Details yang perlu di isi dalam borang tukar hak milik adalah nama, IC, alamat untuk kedua-dua pemilik baru dan lama.

4 : Urusan di JPJ oleh pemilik baru

Perlu diketahui bahawa sebaik sahaja urusan tukar hakmilik selesai, road tax lama akan terus terbatal. Jadi sebagai tips untuk memudahkan urusan, pemilik baru boleh membeli insuran siap2 atas namanya dan terus sambung roadtax baru menggunakan geran baru yang telah ditukar miliknya.
Pemilik baru juga perlu mengisi borang yang sama penukaran hak milik seperti pemilik lama.
Dokumen perlu di bawa :
1. IC
2. Geran asal
3. Result Inspection puspakom yang asal
4. Slip thumprint pemilik lama ( gambar pun boleh, jika pemilik lama berada ditempat lain)

Pegawai JPJ akan buat proses thumprint untuk urusan tukar hakmilik dahulu, dan secara automatik roadtax akan mati. Lepas tu owner baru boleh terus apply roadtax baru jika insurance baru dah siap sedia.

Begitulah prosesnya, dan kedua-kedua tak perlu pergi bersama-sama ke JPJ pun. Hanya perlu tunaikan tugas masing. Nak tahu selebihnya, boleh juga rujuk di link JPJ di bawah ;

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/panduan-tukar-hakmilik-secara-sukarela

Sekian.

Untuk renew Insuran & roadtax cara mudah sila ke link di bawah ;

https://roadtaxmalaysia2020.blogspot.com/2019/08/memperbaharui-takafulinsuran-roadtax.html


Barang Menarik dari LAZADA

 1. Product Name:  AKIRO Malaysia -  Portable/Survival Mini Pocket Fishing Pen Aluminum Alloy Fishing Rod          Pole Fishing Reel Pancing...