Monday, October 28, 2019

Kalau kita cedera di langgar oleh kenderaan yang tiada insuran...

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
.o
.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
.
.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
.
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
.
.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
.
.
Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910         

Sumber - whatsapp

Monday, October 21, 2019

MEDICAL CARD MURAH


MEDICAL CARD MURAH



📌Memilih & mencari medical card yang mempunyai harga & coverage yang optimum untuk diri bukanlah mudah. Tetapi jika anda dapat menilai semua faktor yang mempengaruhi harga medical card, anda tidak akan terpengaruh dengan harga yang diberitahu semata-mata.

📌Faktor-faktor yang mempengaruhi HARGA Medical Card

1️⃣- Umur penyertaan(entry age), jantina dan pekerjaan
-bayi lelaki lagi mahal dari bayi perempuan
-remaja berumur 15 tahun lebih murah dari bayi.
-dewasa umur 40 lagi mahal dari umur 30
- Harga untuk pekerja offshore O&G (kelas kerja 4) sangat mahal @ ditolak oleh sesetengah syarikat.

2️⃣- Pakej ikut harga bilik dan had penggunaan.
-semua pelan medical card akan datang dengan pakej harga mengikut harga kelayakan bilik wad
- Contohnya pakej harga bilik 150/annual limit rm100,000/ lifetime limit rm1juta. Atau pakej 250/ annual imit rm150,000 /no lifetime limit.
-tinggi pakej, tinggilah harga.

3️⃣- Standalone/ Rider dalam plan Investmentlink.
-jika standalone, bermaksud kita langgan medical card semata-mata. Harga lebih murah tetapi menaik ikut tangga umur. -Pakej ini juga tiada 'sustainability' sebab tiada cash value(saving) dan mudah lapsed (tidak aktif) walaupun missed bayaran satu bulan.
-majoriti orang ambil plan investmentlink yang ada medical card (rider) sebab lebih komprehensif. Harganya lebih mahal tetapi harga tetap (kecuali berlaku repricing). Minimum benefit yang ada dalam pakej ini adalah life + medical card + cash value(saving). Benefit tambahan lain juga boleh diambil seperti elaun kemasukan hospital, 'waiver' iaitu pengecualian bayaran caruman jika pemilik polisi/ pembayar sakit kritikal/lumpuh/meninggal.

4️⃣- Deductable/Co-Takaful.
-Medical card akan datang dengan pakej samada zero-deductabe, @ deductible/ko-takaful.
-zero deductable (full coverage) bermaksud pihak insurans akan tanggung 100% kos rawatan (kecuali dinyatakan specifik seperti tag nama, makanan, kerusi tambahan dll).
-Harga plan yang deductable/ko- takaful lebih murah, tetapi tanggungan kos rawatan bukan 100%.
-Contohnya, dinyatakan 'deductable rm300' (bermaksud pemilik polisi harus tampung rm300 untuk setiap admission,tak kira berapa bil rawatan.
-Contoh lain, : 'co-takaful 10%' bermaksud pemilik polisi harus menanggung 10% drp kos rawatan.

5️⃣- Tempoh perlindungan/ Expiry age
-Expiry age memainkan banyak peranan dalam menentukan harga. Lagi lama untuk expired, lagi mahal.
-Pakej mungkin ada nyatakan samada exp age 70@80@100.
-Atau dinyatakan dalam bentuk 'term' seperti term10, term20, term30, yg bermksud sehingga 10@20@30 tahun akan datang.

6️⃣- Klausa pembaharuan tahunan
- Pelan perubatan dari produk takaful general lagi murah, tetapi ia biasanya bersifat 'yearly renewable'. Maksudnya pembaharuan manafaat dinilai secara tahunan dan mungkin ditolak setelah anda membuat claim banyak/ didiagnos sakit serius.
- Berbeza dengan produk ketegori 'life', biasanya medical card bersifat 'auto renewable' hingga expiry age.

📌Setiap company juga akan offer manafaat tambahan yang inklusif didalam pakej medical card mereka sebagai 'added value' seperti:
-Bonus tahunan jika tiada tuntutan (NCB)
-limit outpatient dialysis dan rawatan kanser
-kelayakan harga bilik meningkat jika tiada claim.
-Rider 'booster' untuk menjadikan had tahunan menjadi lebih rm1juta
-had tahunan menjadi 2x ganda jika di diagnose sakit jantung, kanser.
-dan lain lain

Buatlah pilihan yang bijak.

📌Jika nak buat unbiased comparison dengan satu platform, boleh lah mendapatkan khidmat FAR.
(FINANCIAL ADVISOR)

 Post di atas di tulis oleh seorang sahabat iaitu Mohd Khairol Haswadi yang juga seorang Financial Advisor.

Untuk plan Medical Card berikut ;

1. FWD TAKAFUL
2. MEDISAVER VIP EHSAN
3. MY ANGKASA
4. CUEPECS CARE

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut :

*Rosedi
*019-4657645
*rosedi3791@gmail.com




Barang Menarik dari LAZADA

 1. Product Name:  AKIRO Malaysia -  Portable/Survival Mini Pocket Fishing Pen Aluminum Alloy Fishing Rod          Pole Fishing Reel Pancing...