Wednesday, January 17, 2024

Barang Menarik dari LAZADA

 1. Product Name:  AKIRO Malaysia

-  Portable/Survival Mini Pocket Fishing Pen Aluminum Alloy Fishing Rod          Pole Fishing Reel Pancing Reel Memancing Ikan Pancing

Product Price:  RM60

Discount Price:  RM21


https://s.lazada.com.my/s.7EPD0?cc











2. Product Name: LED Salt Water Emergency Lamp

- Reusable Portable Camping Emergency Lamp Travel Supplies for Night Fishing Equipment

No battery needed. Just add salt water.

Might be usefull during blackout kegelapan 17 hari Product Price: RM42.22 Discount Price: RM18.43 Go to below link https://s.lazada.com.my/s.77qsZ?cc






3. Product Name: Aquatabs 50's Water Purification tablet

- for adventurous travelling / survival / emergency/ prepping needs
Product Price: RM28 Discount Price: RM28



Saya adalah peniaga Affiliate Lazada sejak 2022. Sila klik link yang disediakan bagi setiap produk. Pembelian melalui Lazada. Cara bayaran boleh pilih bayar secara online banking, bayar di kedai serbaneka seperti 7e, atau boleh juga COD.

Senarai barangan akan di tambah dari masa ke semasa.






Wednesday, April 15, 2020

Renew Insuran dan Roadtax Online

Mudah, tak perlu keluar rumah/ofis

Hanya ikuti langkah2 berikut ;

1. Hantar info melalui whatsapp (rujuk foto di bawah)

2. Dapat sebut harga insuran

3. Untuk Roadtax, anda ada beberapa pilihan ;

a) Uruskan sendiri ( hanya beli insuran sahaja )
b) Beli Roadtax bercetak dan digital
c) Beli Roadtax digital sahaja

4. Buat bayaran melalui bank transfer

5. Polisi Insuran dalam bentuk fail PDF akan di whatsapp kepada anda dalam masa 10 min paling cepat atau paling lewat pada hari yang sama. Resit Myeg untuk pembaharuan roadtax akan menyusul juga melalui whatsapp. 

6. Anda hanya perlu tunggu roadtax bercetak dihantar ke rumah/ofis dalam masa 2 hari bekerja dan roadtax digital pula akan di update ke apps MyJPJ di telefon anda dalam masa 24 jam.





Contoh-contoh urusan ;






Terima kasih kerana mengizinkan saya membantu anda , sila klik ;

www.wasap.my/60194657645

Saya Rosedi. Ejen Freelance untuk Takaful kenderaan sejak 2016.











Thursday, March 26, 2020

Lesen Memandu / Roadtax semasa PKP : Kenyataan Menteri Pengangkutan

KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

TAJUK: PROSES PERBAHARUI LESEN MEMANDU / LESEN KENDERAAN MOTOR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

1. Berhubung keputusan Kementerian Pengangkutan bertarikh 19 Mac 2020, semua  perkhidmatan kaunter jabatan / agensi di bawah Kementerian ini iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak termasuk perkhidmatan JPJ di Pejabat Pos ditutup sepenuhnya mulai 20 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Selain mengambilkira kesihatan awam dan para kakitangan yang berada di barisan hadapan, keputusan ini juga dibuat sejurus melihat kehadiran orang ramai ke kaunter jabatan / agensi yang tidak dapat dikawal serta tidak selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan mengelakkan orang ramai daripada berhimpun. Pihak Kementerian bersetuju untuk kekal dengan keputusan yang dibuat demi kepentingan semua pihak.

2. Bagi urusan memperbaharui Lesen Memandu atau Competent Driver’s License (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM), semua proses pembaharuan hanya boleh dilaksanakan secara atas talian sepanjang tempoh PKP ini. Perkhidmatan ini boleh dibuat menerusi portal MySikap JPJ atau perkhidmatan 2 portal MyEG (hanya untuk perbaharui LKM). Orang awam yang tidak memiliki public/portal ID bagi mengakses portal MySikap JPJ, boleh melaksanakan proses pembaharuan menerusi portal MyEG.

3. Orang ramai yang telah memperbaharui CDL / LKM menerusi kedua-dua portal tersebut sepanjang tempoh PKP ini tidak perlu hadir ke kaunter untuk mendapatkan lesen memandu / pelekat LKM secara fizikal, sebaliknya bukti pembayaran fi CDL / LKM menerusi portal sudah memadai untuk digunakan sebagai bukti. Oleh yang demikian, orang ramai diminta untuk tidak tergesa-gesa atau resah bagi mendapatkan lesen memandu / pelekat LKM yang telah diperbaharui. Kebenaran ini hanyalah untuk kegunaan di sepanjang tempoh PKP sahaja. Orang ramai dikehendaki untuk mendapatkan pelekat LKM dan kad CDL sebaik sahaja perintah PKP ditarik semula.

4. Menyedari kekhuatiran orang ramai, pihak Kementerian turut mengadakan konsultasi dan perbincangan bersama pihak Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful baru-baru ini bagi mempermudahkan urusan orang ramai sepanjang tempoh PKP ini. Seperti ketetapan undang-undang, semua pemilik kenderaan hendaklah memastikan kenderaan mereka mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh PKP ini. Justeru itu, pembaharuan perlindungan insurans untuk kenderaan motor boleh dilaksanakan secara atas talian menerusi portal-portal syarikat insurans yang berkaitan.

5. Sekali lagi saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah, melainkan sekiranya benar-benar perlu sahaja. Ini bagi memastikan keberkesanan PKP yang bertujuan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ketika ini. Sebarang aduan / pertanyaan sila e-mel ke aduan@mot.gov.my , atau WhatsApp ke 019-2907723. Hotline MOT : 1800-88-7723 (8am-6am). Atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.

MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
23 MAC 2020

--------------------------------

Utk memperbaharui takaful/insuran kenderaan anda, boleh juga berurusan dengan saya. Penghantaran dokumen di buat melalui whatsapp dan pembayaran secara bank transfer.

Rosedi

klik www.wasap.my/60194657645

Tuesday, November 26, 2019

Tukar Hak Milik Kenderaan

Tatacara menukar hakmilik kenderaan, senang jerr.....

1 : Selesaikan persetujuan jual beli dan penyerahan kenderaan

Selesaikan persetujuan antara penjual dan pembeli sama ada dari segi pembayaran ataupun sebagai hadiah atau sedekah. Inilah yang disebut penukaran hak milik secara sukarela di JPJ.

2 : Pemeriksaan kenderaan di Puspakom

Owner baru/owner lama perlu ke Puspakom untuk buat pemeriksaan. Hubungi Puspakom terdekat untuk booking appointment. Di puspakom, anda hanya perlu mengisi borang B5 dan tunggu sehingga proses inspection selesai. Puspakom akan mengeluarkan keputusan inspection untuk tindakan selanjutnya. Kos inspection hanya RM30 tidak termasuk GST.

Dokumen yang perlu bawa, IC dan geran asal. Boleh link di bawah untuk info lanjut ;

https://www.puspakom.com.my/transfer-of-ownership/?lang=ms

3 : Urusan di JPJ oleh pemilik asal

Pemilik asal perlu ke JPJ dan mengisi borang tukar hakmilik kepada pemilik baru. Pihak JPJ akan mengambil thumbprint dan urusan selesai. Jangan lupa bawa IC...JPJ akan mengeluarkan slip menunjukkan anda telah selesai urusan thumprint penukaran hak milik. Slip ini tak perlu dibawa bersama oleh pemilik baru nanti, hanya cukup ambil gambar sahaja. Tapi kalau ada yang original lagi bagus.

Details yang perlu di isi dalam borang tukar hak milik adalah nama, IC, alamat untuk kedua-dua pemilik baru dan lama.

4 : Urusan di JPJ oleh pemilik baru

Perlu diketahui bahawa sebaik sahaja urusan tukar hakmilik selesai, road tax lama akan terus terbatal. Jadi sebagai tips untuk memudahkan urusan, pemilik baru boleh membeli insuran siap2 atas namanya dan terus sambung roadtax baru menggunakan geran baru yang telah ditukar miliknya.
Pemilik baru juga perlu mengisi borang yang sama penukaran hak milik seperti pemilik lama.
Dokumen perlu di bawa :
1. IC
2. Geran asal
3. Result Inspection puspakom yang asal
4. Slip thumprint pemilik lama ( gambar pun boleh, jika pemilik lama berada ditempat lain)

Pegawai JPJ akan buat proses thumprint untuk urusan tukar hakmilik dahulu, dan secara automatik roadtax akan mati. Lepas tu owner baru boleh terus apply roadtax baru jika insurance baru dah siap sedia.

Begitulah prosesnya, dan kedua-kedua tak perlu pergi bersama-sama ke JPJ pun. Hanya perlu tunaikan tugas masing. Nak tahu selebihnya, boleh juga rujuk di link JPJ di bawah ;

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/panduan-tukar-hakmilik-secara-sukarela

Sekian.

Untuk renew Insuran & roadtax cara mudah sila ke link di bawah ;

https://roadtaxmalaysia2020.blogspot.com/2019/08/memperbaharui-takafulinsuran-roadtax.html


Monday, October 28, 2019

Kalau kita cedera di langgar oleh kenderaan yang tiada insuran...

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
.o
.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
.
.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
.
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
.
.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
.
.
Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910         

Sumber - whatsapp

Monday, October 21, 2019

MEDICAL CARD MURAH


MEDICAL CARD MURAH



📌Memilih & mencari medical card yang mempunyai harga & coverage yang optimum untuk diri bukanlah mudah. Tetapi jika anda dapat menilai semua faktor yang mempengaruhi harga medical card, anda tidak akan terpengaruh dengan harga yang diberitahu semata-mata.

📌Faktor-faktor yang mempengaruhi HARGA Medical Card

1️⃣- Umur penyertaan(entry age), jantina dan pekerjaan
-bayi lelaki lagi mahal dari bayi perempuan
-remaja berumur 15 tahun lebih murah dari bayi.
-dewasa umur 40 lagi mahal dari umur 30
- Harga untuk pekerja offshore O&G (kelas kerja 4) sangat mahal @ ditolak oleh sesetengah syarikat.

2️⃣- Pakej ikut harga bilik dan had penggunaan.
-semua pelan medical card akan datang dengan pakej harga mengikut harga kelayakan bilik wad
- Contohnya pakej harga bilik 150/annual limit rm100,000/ lifetime limit rm1juta. Atau pakej 250/ annual imit rm150,000 /no lifetime limit.
-tinggi pakej, tinggilah harga.

3️⃣- Standalone/ Rider dalam plan Investmentlink.
-jika standalone, bermaksud kita langgan medical card semata-mata. Harga lebih murah tetapi menaik ikut tangga umur. -Pakej ini juga tiada 'sustainability' sebab tiada cash value(saving) dan mudah lapsed (tidak aktif) walaupun missed bayaran satu bulan.
-majoriti orang ambil plan investmentlink yang ada medical card (rider) sebab lebih komprehensif. Harganya lebih mahal tetapi harga tetap (kecuali berlaku repricing). Minimum benefit yang ada dalam pakej ini adalah life + medical card + cash value(saving). Benefit tambahan lain juga boleh diambil seperti elaun kemasukan hospital, 'waiver' iaitu pengecualian bayaran caruman jika pemilik polisi/ pembayar sakit kritikal/lumpuh/meninggal.

4️⃣- Deductable/Co-Takaful.
-Medical card akan datang dengan pakej samada zero-deductabe, @ deductible/ko-takaful.
-zero deductable (full coverage) bermaksud pihak insurans akan tanggung 100% kos rawatan (kecuali dinyatakan specifik seperti tag nama, makanan, kerusi tambahan dll).
-Harga plan yang deductable/ko- takaful lebih murah, tetapi tanggungan kos rawatan bukan 100%.
-Contohnya, dinyatakan 'deductable rm300' (bermaksud pemilik polisi harus tampung rm300 untuk setiap admission,tak kira berapa bil rawatan.
-Contoh lain, : 'co-takaful 10%' bermaksud pemilik polisi harus menanggung 10% drp kos rawatan.

5️⃣- Tempoh perlindungan/ Expiry age
-Expiry age memainkan banyak peranan dalam menentukan harga. Lagi lama untuk expired, lagi mahal.
-Pakej mungkin ada nyatakan samada exp age 70@80@100.
-Atau dinyatakan dalam bentuk 'term' seperti term10, term20, term30, yg bermksud sehingga 10@20@30 tahun akan datang.

6️⃣- Klausa pembaharuan tahunan
- Pelan perubatan dari produk takaful general lagi murah, tetapi ia biasanya bersifat 'yearly renewable'. Maksudnya pembaharuan manafaat dinilai secara tahunan dan mungkin ditolak setelah anda membuat claim banyak/ didiagnos sakit serius.
- Berbeza dengan produk ketegori 'life', biasanya medical card bersifat 'auto renewable' hingga expiry age.

📌Setiap company juga akan offer manafaat tambahan yang inklusif didalam pakej medical card mereka sebagai 'added value' seperti:
-Bonus tahunan jika tiada tuntutan (NCB)
-limit outpatient dialysis dan rawatan kanser
-kelayakan harga bilik meningkat jika tiada claim.
-Rider 'booster' untuk menjadikan had tahunan menjadi lebih rm1juta
-had tahunan menjadi 2x ganda jika di diagnose sakit jantung, kanser.
-dan lain lain

Buatlah pilihan yang bijak.

📌Jika nak buat unbiased comparison dengan satu platform, boleh lah mendapatkan khidmat FAR.
(FINANCIAL ADVISOR)

 Post di atas di tulis oleh seorang sahabat iaitu Mohd Khairol Haswadi yang juga seorang Financial Advisor.

Untuk plan Medical Card berikut ;

1. FWD TAKAFUL
2. MEDISAVER VIP EHSAN
3. MY ANGKASA
4. CUEPECS CARE

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut :

*Rosedi
*019-4657645
*rosedi3791@gmail.com




Sunday, September 15, 2019

Business Insurance - Insuran Untuk Melindungi Perniagaan Anda


Kami di Genexus Advisory menawarkan pelan perlindungan seperti yang tertera di dalam ilustrasi berikut ;

 Untuk mendapatkan sebutharga percuma yang lengkap, sila cetak borang di bawah, isikan maklumat yang berkenaan, ambil gambar dan hantar fotonya kepada saya melalui whatsapp atau email...


Boleh juga menghubungi saya untuk maklumat lanjut :

*Rosedi
*019-4657645

atau



Barang Menarik dari LAZADA

 1. Product Name:  AKIRO Malaysia -  Portable/Survival Mini Pocket Fishing Pen Aluminum Alloy Fishing Rod          Pole Fishing Reel Pancing...