Thursday, August 29, 2019

Skim Persaraan Swasta / Private Retirement Scheme (PRS)

Tujuan - Menyediakan dana (wang) untuk menampung kehidupan selepas bersara

Untuk siapa ?

1. Mereka yang berkerja sendiri. Yang tidak mempunyai instrumen seperti Skim Pencen (Penjawat Awam) atau Skim KWSP (Pekerja Swasta)....dan

2. Sesiapa sahaja yang mahukan instrumen tambahan bagi menambahkan lagi dana waktu persaraan.


Kaedah PRS - " Menyimpan dan melabur dengan disiplin dalam pengeluaran "



Apa kelebihan menyertai Skim Persaraan Swasta?

1)      Dapat Menampung kekurangan Dana Persaraan sediada di dalam KWSP
2)      Boleh memilih dana-dana yang sesuai untuk memaksimumkan pulangan dan nilai dana persaraan anda
3)      Boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun!
4)      Pendapatan daripada PRS dikecualikan daripada cukai pendapatan

     

     
Apakah ciri-ciri Private Retirement Scheme?

a.       Setiap caruman yang dibuat kepada PRS akan dibahagikan kepada sub-akaun A dan B

b.      Apabila pencarum PRS sudah mencecah umur persaraan, mereka berhak untuk mengeluarkan 70% simpanan daripada sub-akaun A


c.       30% daripada sub-akaun B pula boleh dikeluarkan setahun sekali

d.      Pelabur yang mencarum dalam PRS boleh memilih dana persaraan berdasarkan beberapa faktor seperti matlamat, keperluan ketika persaraan dan ketahanan risiko.


e.      Pilihan dana yang ditetapkan juga bergantung kepada faktor usia.

f.        Untuk Dana Berpertumbuhan, bagi mereka yang di bawah umur 40 tahun dan memiliki maksimum ekuiti sebanyak 70%, pelaburan di luar Malaysia adalah dibenarkan.


g.       Dana Sederhana, bagi mereka yang berumur antara 40-50 tahun dan memiliki maksimum ekuiti sebanyak 60%, mereka juga dibenarkan untuk membuat pelaburan di luar Malaysia.

h.      Dana Konservatif, bagi mereka yang berumur melebihi 50 tahun, pelaburan di luar Malaysia adalah tidak dibenarkan.

i.         jika masih jauh lagi tempoh persaraan, anda mungkin boleh menimbangkan untuk melabur dalam dana yang berisiko tinggi namun boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi.


j.        Setiap ahli mempunyai pilihan sama ada untuk mencarum dalam satu dana atau lebih daripada satu dana di bawah satu PRS atau mencarum lebih daripada satu dana di bawah PRS yang berlainan.

k.       Jika pencarum merasakan dia perlu untuk menukar dana dalam satu PRS atau bertukar kepada PRS yang lain, maka mereka boleh berbuat demikian tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Penyedia PRS.



 Saya bersama2 Genexus Advisory mewakili beberapa syarikat penyedia perkhidmatan untuk PRS 
seperti berikut ;



Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

*Rosedi
*019-4657645

atau

klik www.wasap.my/60194657645









No comments:

Post a Comment

Barang Menarik dari LAZADA

 1. Product Name:  AKIRO Malaysia -  Portable/Survival Mini Pocket Fishing Pen Aluminum Alloy Fishing Rod          Pole Fishing Reel Pancing...